? ??????????????The Only? ????? ?? ???Rating: 4.6 (35 Ratings)??142 Grabs Today. 30877 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Spacey Love? ????? ?? ???Rating: 4.6 (8 Ratings)??133 Grabs Today. 9510 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 8, 2009

sWord beaRer


































Saturday, October 31, 2009

petua pelajar cemerlang

PELAJAR CEMERLANG AKAN Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuataktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a).kita ingat 10% apayang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengarc
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )
3. Belajar dalam persekitaran kondusif

a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblat
f). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku /nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori:

a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yangpositif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum gurumengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a). duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b). membrika tumpuan sepanuhnya
c). menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji,dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologiclclock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadahdan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa
22. Tahu petua mengulang kaji

a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca suratkhabar, melawat rakan dan sebagainya
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa

a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan

Tuesday, October 27, 2009

kenaikan pangkat snr cadet ke jnr mids

hari ini dlm sejarah......tanggal 24/10/2009 tepat jam 9.00 pg.....snr cadet intake 22 telah dinaikkan pangkat sbg jnr mids
ladies cun!!!!

macho!!!!



suatu penantian yg bermakna

pemakaian pangkat CO & Rank Holder

responsiblity...

CO...PPT...PPZ

we are jnr mids








Friday, October 16, 2009

HaTi

hatiku..mengapa kau begini?
hatiku binggung
hatiku keliru
arah mana patut dipilih
antara rasa dan pendirian

mengapakah jadi begini
hatiku kini bukan padaku
dibawa pergi dan dicuri tanpa ku sedar
meninggakan ku dengan seribu persoalan

hatiku, bantulah aku...
kembalilah padaku
jika kau rasa dia bukan untukku

namun...jika kau rasa dia ditakdirkan bersamaku
janganlah kau tinggal kan aku...
bawalah aku bersamamu
untuk merasa nikmat bahagia..

Tuesday, October 13, 2009

tanggal 12/10/09 jam 1200a.m

surprise for wan & adi at padang kawad


bermandikan tepung



this is 4 u...wan & adi





besday boyz & besday girlz


hahhahahah...padan muka!!!!






Wednesday, September 30, 2009

Fahamilah...

sukar untuk difahami hati yang tak ingin dipaksa..
jiwa ini meronta...ini bukan jalan yang terbaik dalam hidup kita...
aku mengejar cinta Rabb..
jangan pula ada yang tertinggal...
jika kau benar ingin teruskan hubungan kita...
akhiri hubungan sia-sia ini dengan akad yang halal...

melampaukah aku kerana tak ingin
berhubung dengan mu yang aku x pasti adakah kau ADAM ku?
keterlaluan kah aku kerana
aku x mahu kau mengenali aku?
cukuplah kenali aku sebagai HAWA
yang ingin menjaga hati dan jiwa ini yang kian rapuh
kerana kata-kata mu yag tiada suara itu...
aku tak mahu biarkan hati ini dibajai dengan nafsu...
aku tak mahu kau terasa dipermainkan dengan layanan aku...
megertilah diri aku ini...

berilah aku peluang untuk mencipta peribadi mulia difana ini...
walau kutahu aku tidak sempurna mana...
tak salahkan kita berusaha untuk jadi yang sempurna...
kerana kadang aku terfikir dan terbayang...
kau kah ADAM yang akan ku aminkan setiap doanya?
kaukah ADAM yang imami aku dalam solatku?
kau kah ADAM yang akan ku curahkan cinta dengan redha ALLAH?
kau kah ADAM yang akan ku sayangi dengan berkah ILAHI?
aku tidak tahu...terlalu rumit untuk aku terus meladeni fikiran kacau ini...

fahami aku dengan coretan maya ini..
hakikatnya inilah kata-kata hatiku...
carilah aku diwaktu kau benar-benar mengerti tentang hakikat cinta abadi...
aku tidak menolak hubungan suci ADAM HAWA yang bersamanya akad yang ALLAH redha...
tetapi hatiku tidak menerima hubungan yang tiada kepastian disulami noda...maafkan aku....

Tuesday, September 29, 2009

anak2 sedara....anak sendiri 10 tahun lagi

haajar yg telah genap umurnya 2 tahun pd 1/8/2009

waafiyyah yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-4 pd 27/11/2009

Muhammad Waafi dilahirkan 17/02/2009

Athirah Dhabitah dilahirkan 27/02/2009

Ammar Wildan dilahirkan 19/02/2009

Sunday, September 13, 2009

hari kemalasan sedunia

hari kemalasan sedunia....bila semakin dekat nk balik...malas nyer nk studi..malas nk bukak buku...malas nk pi kuliah...dlm erti kata laen malas dr semua hal...wal hal 17/9 ni aku ada inorganic test....huhu naper laa lecture aku ni x memahami perasaan kiterorg yg nk balik kg ni...mana ade mood nk study dahh...test ke2 ni bleh je wt lepas rayer mcm subjek2 laen...huhuhu...tp lagi menyedihkan lecture aku ni suh jawab quiz plak semasa cuti raya seminggu tuuu....quiz tu secara on9 dan dia bg tempoh seminggu tuk jwb quiz tuuu...persoalanyer sempat ker aku nk membelek buku time org duk kalut nk rayer...ishhh nk rayer pun x tenang...lecturer aku ni cina..course aku ni pun dimonopoli oleh kaum cina...tp kena pikir laa nasib kami yg nak berayer ni..huhuhu...jasad jer ada kt sini...roh dan perasaan dah duk kt umah dah...so ape2 pun hadapilah dgn senyuman

Friday, September 11, 2009

Bila Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-MuYa Allah,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Thursday, September 10, 2009

09/09/09

aku nga wan hampir2 dihempap dgn penghadang kenderaan dekat RST...ni aku punya psl laa..nk cepat sgt..sori wan...nasib baek trselamat...kalo x..terlentang kt hospital la jwb nyer....lepas tu brlaku lg satu kejadian dimana motor aku hmpir bertembung nga kereta...terkedu skejap...org dlm kereta tu menjerit...aku pon terjerit gak...arghhhhhh!!!!!!!